TUJUAN MUAMALAT DAN MUNAKAHAT Tujuan Muamalat 1. Iaitu supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya. 2. Kehendak manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. 3) Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal. Tujuan Perkahwinan Menurut Pandangan Imam Al-Ghazali Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya' Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu pertama, dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka. Kedua, menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan...